ASSALAMUALAIKUM~
hai korang..wassup pe cer? hehe..
saya agak lama sudah tak berupdate macam ni..
harap kabar baik semua..saya disini alhamdulillah sihat..
sejak akhir-akhir ni cuaca agak panas, so banyakkan minum air kosong yer.. :)
so korang nampak tajuk kan? "mungkin mampu mengubah hidup, insyaallah~"
ha sebenarnya ni semua ada kena mengena dengan masa depan saya..
setelah setahun saya mengganggur akhirnya saya terdetik nak buat sesuatu untuk mengubah
masa depan saya..insyaallah..
alkisahnya..
sudah genap dua bulan saya belajar menjahit di sebuah institusi yang bernama KEMAS..
saya langsung tak menyangka yang menjahit ni boleh menjadi suatu perkara yang sangat menyeronokkan. pada mulanya ummi(mak saya) bertanya yang saya ni berminat tak mahu belajar menjahit, tapi ketika itu saya langsung takde minat untuk menjahit.
Walaupun saya takde minat mase tu, tetapi saya ikutkan saja untuk mencuba.
Dan saya tak menyangka langsung yang minat untuk menjahit tu datang selepas hari kedua saya belajar.
Dalam hati saya berbicara.."Ya Allah..ini kah yang kau cuba tunjukkan setelah setahun 2 bulan aku mengganggur??".
Hanya Allah je tahu hati saya ketika itu..
Dan sekarang setelah dua bulan saya belajar, saya dah mampu membuat blouse dan Kain A-Line..
insyaallah seterusnya saya akan belajar membuat baju kurung di bawah bimbingan Cikgu..
Jadi betul jugak kata orang 'belum cuba belum tahu'..
Saya dulu pernah berimpi mempunyai perniagaan sendiri..
Tapi tu semua Allah yang tentukan..kita hanya mampu merancang..
Wassalam..
Thanks for reading ! :)